rempit kembali...

dah lama aku tinggalkan budaya merempit ni... tapi mlm minggu aritu aku terjebak jugak ngan hasutan membe2 aku... tapi rempit yg bermaruah lar.... mlm minggu aritu aku pegi tegok moto sprint test kat melaka international motorsport circuit. best gak ar ramai org yg datang. tapi yg tak best nyer sbb masuk kena bayar 5 inggit. selalu aku tgk kat jempol tak kena bayar pun... memula mmg malas nak pegi tapi disebabkan membe aku ade masuk jadi aku pun pegi ar.. die masuk kategori dua lejang standard (standard cam moto nak anta puspakom). tapi die kalah. takpe 29 aribulan ni kitorang repeat balik.





YA ALLAH MURAHKANLAH REZEKI MEREKA

aku hari ni mmg amat bersyukur dan berterima kasih kepada allah swt. kerana memurahkan rezeki aku. aku tak tahu kenapa hari ini rezeki aku mencurah curah. walaupun tak banyak tapi aku amat terharu. paham paham je lar di awal2 bulan macam ini. semalam aku ade rm50 tapi aku dah abiskan buat betulkan moto kip aku. aku betulkan tayar bocor depan dan belakang, tukar minyak itam, isi minyak rm10, dan baki yg tinggal cuma 4 inggit je. aku bajet nak beli rokok nusantara (rm3) arini pastu nak derma kat masjid (rm1) masa semayang jumaat esok. tapi arini ade 4 peristiwa yang berlaku dan membuatkan aku terharu. pertama, pepagi lagi kawan aku dah datang umah aku minta tlg masukkan lagu dlm mp3 die. dapat lar aku rokok sekotak die belikan (aku tak mintak pun). kedua, dengan berbekalkan 4 ingit tu jugak aku pegi car wash ntuk basuh moto kip kaler biru aku tu (rm3-harga memembe), tapi biler nak bayar membe aku cakap tak payah sbb aku dah tlg die burnkan cd(pakai cd kosong die beli sendiri). ketiga, lepas basuh moto aku lepak kat warung awe ngan membe aku plak. dengan berbekalkan 4 ingit jugak aku mintak limau ais (rm1). pastu membe aku cakap order makan skali lar sbb die nak belanja. dapat gak aku makan bihun tomyam tadi (die belanja aku mungkin sbb die pinjam moto kip aku aritu). dan yang keempat, aku baru balik dari umah kawan abg aku ntuk installkan die microsoft office je tadi dan beberapa games yang ade dlm hard disk aku. die nak bagi duit tapi aku cakap tak payah lar sbb aku takde kuar modal ape2 pun. time aku nak balik tu die masukkan duit dalam baju melayu aku. aku pun tak boleh buat ape2 lar. biler sampai umah aku tgk die bagi aku rm50. aku betul2 terharu dengan hari ini sbb semalam aku baru je habiskan rm50 dan tinggal 4 ingit je. tapi arini aku dapat rm50 lagi dan 4 ringgit duit lebih semalam. aku betul betul terharu hari ini. aku harap mereka yang bermurah hati dengan aku hari ini medapat rezeki yang mencurah curah oleh allah swt. dan aku amat berterima kasih dengan allah swt. aku rasa niat aku nak menderma kat masjid tu menjadikan rezeki aku murah. jadi kawan2 ku semua marilah kita derma kat masjid masa semayang jumaat esok dengan ikhlas. moga moga kita semua dimurahkan rezeki. dan biler kita tolong sesiapa pun, tolong lah dengan ikhlas dan jgn mintak upah jika tidak perlu.

menanti hari...

Dah hampir 3 bulan aku menanti tapi masih tak dapat menjumpainya lagi...... hurmm... tension giler kepala otak aku skang ni tak sabar menanti hari aku akan jumpa.... mungkin tak lama lagi aku akan jumpa. sejak pertama kali aku tgk, aku terus terpikat dan rasa tak sabar nak menunggu lagi... bilakah waktunya akan berakhir penantian ini. owh.... kepada kengkawan yg terbaca post ini tlg lar bagitau aku kalau ade terjumpa link untuk mendowload citer 20th Century Boys 3: Redemption. aku degar citer movie tu akan realease awal taun ni kepala aku dah pening sbb tgk movie 1 & 2. aku nak tau sapa tu friend. ni trailer die....




powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes