Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? (part2)

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.
14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.
16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.
17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri
21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.
(Ini adalah jawapan dari responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)
lepas ni saya akan kuarkan dari responden lelaki pulak......
RSS Feed
Twitter


0 comments:
Post a Comment