10 Perkara Perempuan Tidak Suka pada lelaki

setelah hampir sepuluh tahun saya, cikgu kimia dan cikgu mtematik tambahan saya membuat kajian pasal formula menangani masalah "perkara yg perempuan tidak suke pada lelaki" ni. akhirnya terjawap sepuluh formula. disini saya hendak berkongsi dan menasihat kepada lelaki.


1. MENINGGIKAN SUARA

perempuan tak suke lelaki yg suka meninggikan suara, jadi kepada lelaki tu kalau nak marah pakai sms je sbb korang tak yah tinggikan suara...

2. MENGONGKONG
sapa yg suka dikongkong. semua pun tak suke kan. jadi kepada lelaki yg selalu mengongkong tu aku cadangkan korang kurung je awek@isteri korang dalam bilik air sbb die tak suke dikongkong tapi dikurung takpe...

3. CEMBURU BUTA
Nasihat aku kepada lelaki ni. kalau nak cemburu tu korang jgn cucuk mata korang ngan garpu mcm kasim selamat. kasim selamat jadi buta sbb die cemburu ngan bekas bini die. jgn bute kan mata korang kerana cemburu.

4. PANAS BARAN
panas baran ni mmg amat dibenci oleh kaum wanita. jadi kepada lelaki yg jenis panas baran tu baik korang beli aircond untuk sejukkan badan korang sbb aku tau malaysia skang tgh hari mmg panas giler tapi biler petang hujan plak...

5. KAKI MEROKOK
ini adalah sifat yg paling amat tidak disukai oleh kaum hawa. kepada lelaki yg perokok tu lepas ni jgn isap rokok sbb harga pun dah naik. korang isap lar syisha ataupun cerut je...

6. EGO
kepada lelaki yg nak ngurat perempuan tu jgn lar bawak moto ego sbb perempuan tak suke. jadi lebih baik korang bawak moto passion keluaran modenas. sokong lar barangan buatan malaysia.

7. MENIPU
menipu adelah sifat yg amat tidak disukai oleh smua org. nasihat aku kepada lelaki, korang jujur lah ngan pasangan korang. kalau die tanya pendapat korang, korang cakap je ngan jujur dan tak payah fikirkan perasaan die sbb die mmg suke lelaki yg jujur. kalau korang rasa die kentut busuk jadi korang tak payah lar nak tahan muke korang ngan mengatakan "abg tak bau ape2 pun".

8. MAIN KAYU TIGA
bab main kayu tiga ni mmg lar masalah besar bagi perempuan. jadi kepada lelaki yg suke main golf atau ape pun jenis permainan yg melibatkan kayu ni. korang jgn gunakkan hanya tiga kayu. korang kene beli byk sikit.

9. SUKA ‘CUCI MATA’
kepada semua org2 yg sekaum ngan saya. kalau korang nak gi dating, jgn sekali kali korang cuci mata korang lepas bangun tido. kalau boleh taik mata tu biar kering sampai korang abis dating. nak buat diorang lagi sayang kat korang, tak payah mandi terus dari pagi dan jgn gosok gigi.

10. PERASAN
nasihat aku kepada kaum adam. kalau korang jln kat pasar malam atau mana2 pun dan terserempak ngan awek korang, korang buat2 tak perasan je sbb die mmg tak suke pakwe die perasan die. dan kalu die tegur korang, jangan layan dan buat2 tak kenal.

1 comments:

tipsgoda said...

good tips::)

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes